Wednesday, September 19, 2018

ESP Shaklee: Lengkap dengan 9 Jenis Asid Amino





korang tahu tak, kacang soya antara makanan yang mengandungi asid amino yang lengkap?


Persoalannya, apa itu asid amino?

Asid amino ialah sebatian organik yang terdiri daripada karbon, hidrogen, nitrogen, oksigen bersama dengan kumpulan rantaian yang lain.

Asid amino nih sangat penting dalam menghasilkan blok-blok sel dalam tubuh badan kita. Asid amino yang dipecahkan daripada protin akan digunakan oleh tubuh badan. 

Terdapat dua jenis asid amino
⬩ Essential amino acid (perlu)
Sangat penting untuk tubuh dan perlu diambil daripada sumber makanan memandangkan ianya tidak dihasilkan oleh tubuh

⬩ Non-essential amino acid (tidak perlu)
Dapat dihasilkan oleh tubuh



ESP memang ada asid amino jugak?

Ya, essential & non essential amino acid terdapat dalam ESP Shaklee. 




Setiap jenis essential amino acid mempunyai fungsinya yang tersendiri untuk tubuh badan kita.

Histidine
Digunakan untuk menghasilkan histamine iaitu neurotransmitter yang sangat penting kepada tindak balas imun, penghadaman. Sangat penting untuk mengekalkan tisu yang sihat untuk melindungi sel saraf dalam badan.

Isoleucine
Terlibat dalam metabolisma otot dan tisu iaitu enggalakkan dalam pemulihan otot. Isoleucine juga penting untuk sistem imunisasi, penghasilan hemoglobin dan tenaga.

Leucine
Memainkan peranan yang penting untuk sintesis protin dan juga membaiki otot. Leucine juga membantu mengawal paras gula dalam darah, membantu memulihkan luka dan menghasilkan hormon tumbesaran

Lysine
Diperlukan untuk sinstesis protin, hormon dan penghasilan enzim. Lysine juga berperanan dalam proses penyerapan kalsium, pembentukan kolagen, dimana kolagen sangat penting untuk tulang, kulit, tendon. 

Methionine
Membantu dalam proses metabolik, pemecahan lemak, detoks. Selain itu, methionine juga penting untuk tumbesaran tisu dan penyerapan zink, selenium, mineral yang penting untuk kesihatan badan.

Phenylalanine

Phenylalanine terbahagi kepada dua jenis
L-Phenylalanine: terdapat dalam makanan
D-phenylalanine: terdapat dalam ubat-ubatan

Phenylalanine akan bertukar kepada tyrosine, dopamine, epinephrine.

Tyrosine-digunakan untuk menghasilkan protin baru

Dopamine-hormon gembira, tenang dalam otak, dalam masa yang sama membantu meningkatkan daya ingatan

Epinepherine & norephinerine-penting dalam  tindak & balas  respond (fight & flight)

 Peranannya sangat penting dalam struktur dan fungsi protin dan juga dalam penghasilan asid amino yang lain. Kekurangan asid amino ini boleh mengurangkan kesihatan otak, kekurangan tenaga, stress, kemurungan & masalah ingatan.

Threonine
Membantu menyokong sistem imun yang sihat & menstabilkan protein dalam badan supaya protein tidak lebih atau kurang dalam badan. Threonine sangat penting dalam komponen kulit dan kesihatan sistem saraf

Tryptophan
Penting untuk mengekalkan keseimbangan nitrogen dan tukar kepada serotonin iaitu hormon yang mengawal selera makan, tidur dan menstabilkan emosi

Valine
Membantu merangsang pertumbuhan otot dan menghasilkan tenaga. Valine diperlukan untuk metabolisma otot, pembaikan tisu dan juga fungsi mental yang normal.


Kekurangan asid amino boleh menyebabkan keguguran rambut, kulit kering, emosi tidak stabil, dan lain lain lagi.

Macam mana nak dapatkan asid amino yang lengkap ini?
Dapatkan daripada sumber makanan yang sihat seperti telur, daging, kekacang termasuklah ESP Shaklee. 

Boleh dapatkan ESP Shaklee dengan Wani. sebarang pertanyaan, boleh hubungi wani ya :)





Share:  

0 commentario: