Tuesday, February 20, 2018

Tips Kulit Cantik, Sihat dan Berseri | Hazwani Yusof



Tips Kulit Sihat, Cantik dan Berseri

Sekarang ni kan berlumba-lumba orang nak dapatkan kulit cantik, sihat, berseri. Tak ketinggalan juga yang obses. Tapi dalam keasyikan nak dapatkan kulit cantik, sihat berseri tu, sampai terlupa nak selidik produk yang digunakan itu selamat atau tidak. Terlupa nak memastikan kulit juga perlu sihat, bukan cantik semat-mata.

Terus guna produk yang membahayakan kerana obses nak kulit cantik! Tahu tahu ja kulit break out. Hilang keyakinan. 

Tapi pada Wani sendiri, Wani lebih suka memilih sesuatu yang natural. biar lambat asalkan kesannya selamat dan kulit akan jadi lebih sihat

Kali ini Wani nak tekankan penjagaan luaran secara alami (semula jadi). Wani nak kongsikan beberapa petua yang Wani amalkan. Hasilnya mestilah cantik, sihat, berseri seperti yang diimpikan. Dahtu jimat dan mudah dapat. 

Ok ready?



🌿DAUN LIDAH BUAYA


Atau dikenali juga sebagai aloe vera. Pokok dia senang sangat nak tanam, nak hidup, nak jaga.
Wani tak berapa suka beli yang dah siap packaging aloe vera gel tu. Wani prefer petik dari pokok terus tepek ke muka. Memang fresh sangat sangat! 

Tapi in case takda pokok, make sure beli aloe vera gel yang dekat drugstore tu ok?

Tau tak kebaikan aloe vera?

Menghilangkan sunburn.  Kulit kita nih asyik terdedah dengan matahari. Macam wani, muka wani cepat sangat burn. Dah la kulit sedia gelap, lepastu burn lagi sebab terdedah dengan cahaya matahari. Bagi Wani sendiri sangat berkesan. 

Bertindak melembapkan kulit
Aloe vera nih tinggi antioksida. So, dia mempercepatkan penyembuhan pada kulit dan bagi kulit lembap. Aloe vera nih cepat ja meresap dalam kulit. Bila tepek tu, rasa sejuk sejuk gituu.
Kadang duduk dalam aircond lama sangat, so kulit jadi cepat kering, kasar. Sumpah tak best! Lepastu Nampak tua. Baru 20 an dah nampak macam 30 an. Takmau lah macam tu kan.

Mengurangkan jerawat.
Tau tak aloe vera nih mampu melindungi daripada bakteria yang boleh menyebabkan jerawat naik bersepah dekat muka?  Sebab dalam aloe vera tu sendiri ada bahan yang dinamakan gibberellins.
Dalam masa yang sama mengurangkan saiz pori.

Anti penuaan-menggalakkan pembaharuan kulit
 Aloe vera nih kaya sangat dengan vitamin C, E dan beta karotena. Tudiaaaa,tu semua sangat baik untuk kulit dan nak bagi nampak kulit AWET MUDA. Anything yang tinggi antioksida memang baik untuk kulit dan awet muda


Tapi jangan berharap semua tu dalam sekelip mata. Benda baik perlukan masa untuk recover.
Wani tonyoh since after spm sampai matrik, hampir enam bulan jugak nak hilang burn dan parut.

Cara penggunaan dia simple sangat. Petik dekat pokok, potong sikit, lepastu buang luaran dia yang warna hijau tu, then you are ready!




🍅TOMATO

Rugi sangat kalau awak tak makan tomato. Yes sangat rugi. Tapi takpa, selain daripada makan, korang boleh tepek dekat muka jugak.

This one sangat sangat membantu. Lagi lagi ada jerawat & blackhead. Sapa je suka benda benda tu bertapak dekat muka. Tell me. Semua orang impikan kulit flawless licin macam sutera kan
Well ramai dah tau kan tomato baik untuk kesihatan kulit.

Tapi tak ramai yang rajin nak makan atau buat masker.

Kebaikan tomato nih sendiri
Membantu mengurang Jerawat yang dibenci semua
Menghilangkan sunburn
Mencerahkan kulit
Mengurangkan blackhead/whitehead

I told yaaaa, masalah JERAWAT, PARUT, BLACKHEAD, BURN, BERMINYAK tu semua macam zasssss bila tepek  tomato dekat muka.

Again, it takes time to recover.

Cara guna, potong tomato tu sikit dalam satu ata dua slice, yang lebih tu simpan tempat freezer. Lepastu tadaaa, boleh tonyoh dah dekat muka



🐣PUTIH TELUR

Dulu Wani tak suka sebab dia macam hanyir. Lepastu rasa sayang sangat sebab telur mahal. Haha. Nih semua ajaran roommate masa matrik. Apa yang Wani buat, setiap kali nak goreng telur, Wani ambil dalam 1-2 sudu simpan asing, sebab nak buat masker kan.

Yang nih pun fungsi dia sama macam tomato, tapi extra dia ialah, kurangkan DARK CIRCLE.
Tapi Wani jarang jarang guna telur. Kecuali bila nak goreng telur. Hiks.

Ketiga-tiga nih Wani Pernah guna dan hasilnya sangat baik.

Antara ketiga tiga nih, Wani lebih suka lidah buaya, sebab senang.
Dan benda nih semua mengambil masa yang lama untuk dapatkan hasil yang sangat baik. Almaklumlah, benda semula jadi kan, takda bahan kimia merapu, bahaya peliks kan. heh

Ni hanya untuk luaran saja, untuk dalaman Wani masih consume ESP, VITAMIN C & E SHAKLEE supaya kulit Wani dapat nutrisi yang cukup dari dalaman untuk hasilkan kulit yang cantik, sihat dan berseri!

Selamat mencuba!😊

Share:  

0 commentario: