Monday, October 3, 2016

Sebulan turun 5kg!

Bismillah. Assalamualaikum semua. hopefully, you guys are doing fine and great.

this time nak promote product. bukan selalu kan aku promote product. bagi chance lah ehh.

untuk kali ni, aku nak berkongsi pengalaman aku sendiri pasal berat badan  naik secara gila.
tapi sebelum tu, minta maaf, aku takda gambar before dan after sebab handphone lama aku rosak.

berat badan aku mula naik sejak pertengahan 2014. sebabnya masa semester dua, aku makan tak berhenti, aku stress belajar, jadual pulak masa tu agak padat. dan ada masalah lain jugak. result aku pun turun juga sebenarnya. berat badan naik, result exam pulak turun. haha

masuk ja semester tiga, berlipat ganda jadinya berat aku ni. makan memang tak boleh nak dikawal. perut ni tak pernah kenyang. taktau lah saka apa benda dalam perut ni kan. hahaha. kawan-kawan semua tegur badan aku berisi, chubby, gemuk. dan baju kurung aku dah tak muat! sampaikan baju kurung aku tertetas sebab berat aku naik secara melampau! masa tu Allah ja tau rasa dalam hati ni. baju kurung kot, yang measurement besaq tu pun sampai tak muat haa. imagine lah betapa berisininya aku masa tu. sampai lah aku bertekad nak diet.

students? diet? memang susah sangat weh. tak menjadi langsung. ditambah pula dengan makanan kat kolej yang bukanlah sihat sangat. aku try itu ini langsung tak jadi. nafsu makan menjadi ada lah. sampai lah aku tergerak hati nak consume satu produk ni.

sebenarnya aku sejenis yang takut nak try, takut lah kang effect badan aku ka apa kan. tapi Alhamdulillah, dalam masa sebulan berat aku turun 5kg wehh. dalam dok cheat day pun boleh turun banyak tu. sapa tak happy kan? dan yang lagi best, produk ni mampu mengawal selera nafsu makan aku tu. dalam masa yang sama, kulit pun jadi licin dan tak berminyak.

nak tau produk apa? 


if you guys really interested, just click here.
whatsapp the number provided. free consultation,guys :)


tadaa! this one is my favourite supplement. you guys should try this. very mujarab. haha.

Saturday, September 24, 2016

Menghilangkan semangat kenegerian yang melampau.

Assalamualaikum, semuorang dah ready nak kerja esok? heh.

tak salah sayangkan negeri, tapi jangan sampai memburukkan tempat orang lain.
Tadi buka facebook, terbaca one status posted by friends of mine. since she is kelantanesse, ada lah kut orang kritik kelantan, siap buat list menyatakan kekurangan negeri kelantan.


photo by me. taken during travelling to Malacca :)

eh nanti, jangan kecam aku. aku bukan nak cakap benci kelantan. tak. cumanya nak cakap yang taktau kenapa masih wujud golongan atau komuniti yang semangat berpuak dia tinggi melampaui batas. kalau zaman kolej dulu, I called these kind of people as Puak Assabiyah.

tak dinafikan kalau pergi mana-mana pun memang orang kelantan ni merata. sangat. aku pernah pergi kl, singgah nak makan, dahtu rasa macam dekat kelantan sebab hampir 90% orang kat kedai tu orang kelantan.

sebenarnya isu kenegerian ni memang dah lama timbul. aku sendiri taktau kenapa boleh wujudnya perasaan benci terhadap orang negeri-negeri tersebut, tak kisah lah negeri kelantan ka, johor ka, kedah ka. tak perlu membenci. kalau benci sangat pun tak perlu diekspreskan. simpan sorang-sorang sudah.

cumanya, tak perlu kutuk melampaui batas. hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. aku pun tak suka orang kutuk negeri aku, walaupun kawan aku sendiri, dia siap cakap bendera negeri aku buruk. masa tu rasa nak smash ja muka dia. sapa tak marah kan bila orang kutuk tempat kelahiran kita, tempat tinggal kita. no one loves it. every state has its own fortes and flaws.

macam mana Malaysia nak maju bila wujudnya komuniti assabiyah macam ni? ni bukanlah benda simple, ni benda yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat. acewah gituuu. but think again, tak berfaedah tau kau nak beragduh benda ni.

kalau kau orang ada kawan-kawan assabiyah macam tu, kau orang bagi pesanan ni, ini tips nak menghilangkan kebencian seseorang terhadap sesuatu negeri:

1. you should stop hating the other state, you need to travel, stay, and live there for a moment then, you will fall in love with it.

2. surround yourself with those who are not living in your state, be friend with people from another state, places, countries. I knew something about their states based on their story. example, traditional foods. we always talk about kuih traditional since we love eating. :P so make friends with them ok?

3. stop comparing, every states has its own uniqueness.

4. we are Malaysians, why we should bertelingkah on this matter? go home and read something useful! (I wrote with an anger feeling :P)

5. lempang dia. putus kawan. esok hang pi minta maaf.

I already tried it and alhamdulillah, finally, He opens my heart and let me free from this hatred feeling gituu. (no, I don't hate any states or countries guys will explain it later!) 

so adious.

till we meet again.

Monday, September 19, 2016

Istiqamah. Tak susah tak mudah.

Assalamualaikum. So here a little bit tazkirah (cewah ayat suci kemain kau, heh).



Pendapat aku, istiqamah ni adalah konsistensi terhadap sesuatu benda yang baik. yang kenal aku tau lah kut aku ni macam mana, ni aku nak share my point of view walaupun this topic sounds boring but I know someone need to read this if she/he wanna change her/his lifestyle.

macam mana nak berubah? macam mana nak Istiqamah?

nak berubah tu memang senang like a piece of cake. tapi nak kekalkan atau naikkan momentum tu masyaAllah sangat susah. I'm not the one who you can look up to be an example since ramai lagi yang boleh dijadikan a good example but again this is my place to spit everything out. haha.

istiqamah ni ibarat mendaki bukit atau gunung. kalau kau hiking memang kau tau penat tu buat kau bisu dua jam. sama macam istiqamah. nak maintain sesuatu yang baik tak mudah. I told you, Allah tengok effort dan kualiti, bukan kuantiti.

here I list down a few tips for muslimah out there

1. start with something important which is solat. 
sebab solat ni tiang agama. tak faham bacaan takpa, tapi push yourself untuk solat cukup waktu. 

2. Aurat
start with something small. maksudnya kecil-kecil or sikit macam pakai stokin, handsock, labuhkan tudung, pakai tudung atau labuhkan baju. (tolong start satu-satu, jangan semua sekaligus, tapi kalau sekaligus pun,dan boleh maintain, insyallah boleh, okeh?)

3. Quran
pernah tak kau orang rasa sedih sangat, tetiba ambil Quran, randomly selak helaian Quran dan mata tu macam terlekat dekat satu ayat tu ja? tu maknanya Allah sedang berbicara dengan kita. dan benda ni pernah terjadi setiap kali aku sedih. He is talking to us. :') 

4. Amal makruf nahi mungkar.
slowly tinggalkan perkara yang dilarang oleh Allah.

bila semua tu dah dilakukan, practice diri, paksa diri. aku pun terkandas, selalu. tapi bertaubat. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. tu susunan mengikut priority. tak semua orang kena berubah ikut susunan kat atas. kadang-kadang Allah gerakkan hati kita untuk berubah dengan cara lain, contohnya start dengan aurat dulu, the list goes on.

nak berubah seiring dengan istiqamah memang susah. this is the hills that you need to get across, sisters. :) move on, leave your past behind you. don't look back. never. everyone has their on dark past.

iman kita ni macam bukit, ada naik turun.
iman kita macam air, ada pasang surutnya.
moga Allah redha.

syurga tu mahal, sebabtu kena usaha lebih. may Allah bless us.

Sunday, September 18, 2016

Train to Busan (Review)

tengok tajuk pun dah tau kan aku nak cerita apa, tak, aku tak tengok dekat cinema pun, aku tengok online ja. (sumpah rasa berdosa weh) tapi memang cadangnya nak tengok jugak dekat cinema sebab video yang aku tengok tu subtitle memang kelaut jugak lah heh.


bagi aku cerita ni bukan sekadar cerita. ada elemen-elemen kekeluargaan, kerjasama, kasih sayang, pengorbanan. nak hurai panjang-panjang pun macam tak best. kalian mohon lah tengok sendiri. atau boleh google sinopsis train to busan. sumpah tak membosankan wehhh.

aku wonder jugak sebenarnya zombie ni wujud ke idok. ah tak kisah lah kan,tapi memang banyak nilai murni yang boleh dapat, tak payah fikir, sekali tengok pun sel-sel otak dah boleh hadam dan digest sebab cerita ni memang straight ja, takda nak kena fikir banyak.

si ayah dan si suami yang berkorban demi anak dan isteri. tsk tsk. *cries an ocean*


bila aku tengok cerita ni, sel-sel otak aku berhubung sepantas kilat, sebab aku macam nak tau eh jadi apa lepas ni, ada yang survive tak at the end of this story, macam-macam lagi lah yang buat aku curious nak tau.

aku boleh simpulkan yang sifat pentingkan diri boleh menjurus kepada kebencian dan kematian. sumpah aku benci tengok watak sorang ahjussi ni yang sangat selfish yang menyebabkan ramai orang mati. memang kiranya watak dia menjadi lah kalau orang dah benci kan.


cerita ni memang sedih, ada yang menangis tengok cerita ni sebab diselitkan unsur pengorbanan seorang bapak dengan anak, dan pengorbanan suami terhadap isteri yang pregnant. kiranya ada yang sacrifice diri sendiri just nak pastikan some of them survives till the end of the trip. yes, cerita ni takdak scene cumbu cumbu syahwat. heh. so, aku suka lah. aku bagi 9/10.


tengok lah weh. tak rugi! btw, watching kmovie doesn't make u as a kpoppers. mohon faham. ewah haha

babak cium takda, babak zombie ready to cumbu u guys yang selfish ada lah. 


all pictures from google,com

Friday, September 16, 2016

Pekak Filem Kontroversi. (Review)

hi assalamualaikum, maybe it is not too late to write up about pekak yang dah pun ditayangkan.


source: google


after scrolling and read a few negative comments on this movie, I decided to watch it by myself. entry ni bukan pasal sinopsis pekak, ini hanya lah my point of view, since I watched it.

ok let me start with something positive.

bagi aku, ada positive side yang memang kena cari and fikir sejenak, bukan sekadar tonton dan dengar ja. watak uda sebagai oku dimana dia seorang yang pekak tu macam simbolik, akar tunjang dalam cerita ni, ada satu part dimana azman panggil uda ni bodoh for several times, kat sini nak gambarkan betapa masyarakat kita acapkali menganak tirikan golongan kurang upaya, yes he is a drug pusher. bagi aku lah, dia jual dadah sebab terpaksa, sebab nak kumpul duit nak buat cochlea implant which is very expensive, dalam 60k jugak. dalam masa yang sama, nak gambarkan jugak yang masyarakat kita ni kadang-kadang mempergunakan golongan macam ni untuk kepentingan diri sendiri. even si uda ni nak berhenti jadi drug pusher pun tak boleh sebabnya orang tu gertak dia.

secondly, ada satu scene di mana melur datang rumah dara pakai tudung semua elok lah nak ajar si dara ni mengaji, ayah dara ni sangat percayakan melur padahal si melur ni lah yang drag anak dia buat benda tak berfaedah. kat sini mesej yang nak disampaikan kepada ibu bapa, which is, selidik dengan siapa anak kita berkawan, background kawan kepada anak-anak dan jangan percaya seratus peratus kawan anak tu. I don't know how to say this since I'm not married yet apatah lagi nak ada anak kan, tapi sebolehnya, pantau lah aktiviti anak-anak inside outside.

dan ada mesej lain yang nak disampaikan, bilamana scene dara sarung tudung bila sampai kat rumah sebab takut terkantoi bapak dia tau, tapi terkantoi jugak, so kena marah dengan bapak dia. betul lah tu bapak dia marah sebab tu soal haram, soal aurat anak dia, tapi mesej yang nak disampaikan, si dara ni pakai tudung sebab takut bapak dia, bukan sebab takut Allah.

masyarakat kita sepatutnya lebih cakna dengan isu-isu semasa. persekitaran yang tak sihat, ilmu agama yang kelaut memang mendorong golongan muda untuk cuba sesuatu yang kononnya baru dalam hidup depa. cerita ni nak sampaikan mesej kepada mak bapak dan masyarakat, ada satu scene dimana dara ada coret satu mesej lebih kurang macam ni lah "kalau uda yang pekak tu pun boleh dengar, kenapa ayah tak boleh dengar dara". kat sini nak habaq yang mak bapak sibuk, sampai tak mampu nak jadikan anak-anak sebagai kawan rapat. tak dengar cerita anak-anak, apa yang anak-anak lalui, etc. bapak si dara ni lebih menyalahkan si uda yang sebenaqnya tolong dara daripada berlakunya benda tak baik, hanya disebabkan si uda ni pekak dan drug pusher. dekat sini nak tunjuk yang bapak si dara ni sebenaqnya pekak.

skrip yang depa guna memang bahasa remaja zaman sekarang. even kalau cerita tu tak ditayangkan pun, memang dah ramai sangat orang guna ayat-ayat macam tu. terlalu ramai, aku sendiri pernah dengar orang-orang sembang menggunakan perkataan yang double meaning. so yes, masyarakat kena peka juga dengan perkataan yang generasi muda guna, tak suruh faham seratuih peratus tapi cukuplah peka bukannya pekak.

aku bukannya menyokong cerita ni sepenuhnya, tak dinafikan ada babak yang tak seronok untuk dipertontonkan. aksi-aksi cium yang nampak macam real, yang memang entah aku pun tak suka sebab terlalu menonjol ditambah pula pelakon dalam tu semuanya islam so it doesn't suit lah kut babak-babak cenggitu.

memang cerita ni tak seharusnya ditayangkan kepada mereka yang under 18, so tu tugas pekerja cinema untuk pantau before they sell the tickets.

bagi aku cerita ni bukanlah macam tin kosong, ada nilai disebalik cerita ni dan tak dinafikan setiap benda tu ada baik dan buruk. same goes to this film, ada baik dan buruknya. so aku cuma meluahkan mesej yang aku faham. setiap orang ada pendapat masing-masing. masyarakat kita sebenaqnya dah nazak, sampai jadi pekak dan buta dengan sekeliling.


so yeahh, tak menyesai pun tengok cerita ni. sebab aku sejenis yang jarang tengok cerita melayu dekat cinema. most of the times, download ja dari internet, kiranya aku tengok cerita melayu bila cerita tu ada nilai estetika yang tersendiri, acewahh, at least ni bukanlah cerita cinta kelaut macam slot akasia tu ye dok. hehh.

so, till we meet again. assalamualaikum :)

Wednesday, January 20, 2016

Ar-Rahman



oh hi. assalamualaikum. so this is my first entry on 2016 isn't it?

firstly, let me give a warm welcome to 2016 and everyone. Let starts this new year with something sweet such as reciting surah ar-rahman. why not? actually I wanna ramble bout how hectic my life as a degree student. basically, this year will become more hectic and disaster since this is my senior year which is final year. ok you know those-final-year-project stuff that will kill you slowly. just end my fifth semester. give me an applause guys. please. heh.

 sebenaqnya nak cerita yg kadang-kadang diri sendiri tak bersyukur dengan segala nikmat Dia. tapi sejujurnya bila masuk uni, rasa nak kejaq carrymark tu hanya Allah ja tau. the reason why I'm only striving for good result is I have to. since it is 60% assessment and the rest is final examination. tu cara pemarkahan. I will try my best to get at least 40 per 60.

nak tau sebab apa?

 sebabnya soalan final yang hanya fourty percent tu selalunya killer tahap tujuh juta megawatt. I know myself very well. selalunya yg fourty percent tu lah shows the worst performance which force me to focus and kejaq on carrymark. okeh. clear?

 no, not because I'm not grateful with what I got. a big NO. it is just because I know my performance during final examination. so thats why I'm taking serious with my carry mark. sometimes, teroverboard down. macam konon-konon jatuh bawah tanah sangat bila tengok carry mark tak ok. basically ada dua assumption or conclusion carry mark tinggi tak menjamin dapat A carry mark rendah tak menjamin dapat A so I prefer number one. biarlah orang nak cakap how obsessed I am dengan my own carry mark. biar carry mark tinggi walaupun at the end tak dapat A. nak tau sebab apa?

sebabnya you can focus more on sixty percent assessment on the next semester. and you know your own weakness. dengan carry mark tinggi tu, insyaAllah you will get better grade walaupun bukan gred A. again, I'm not saying that, low carry mark doesn't mean you can't get A. no. work hard on final examination ok because I used to get not-so-good carry mark but alhamdulillah manage to get a good grade even though it is not an A grade. heh.

 biar orang cakap "alah carry mark rendah still boleh sambung master, phd, boleh kerja hebat nak compared dengan org yg carry mark tinggi, pointer elok, etc etc." ignore them. seriously, you lose nothing because you work hard and you deserve it! dan jangan riak. that's the reason why you should bear in mind ada orang yang lagi bawah. and let yourself immersed in this surah. try to chew, digest and memorized this beautiful surah. don't look down. and if you're in bottom place, please remember, every difficulties, there's an opportunity. no matter what happen, be grateful. He's the one that gives everything.

 So which of the favors of your Lord would you deny?