Wednesday, January 21, 2015
56

ni cerita yang takdak kena mengena dengan sesiapa tapi ada kena mengena dengan aku sebab aku penulis. harap maklum
suatu hari, masa exam week, sedang aku asyik menelaah pelajaran, tetiba, ada seorang anasir datang mengetuk bilik aku, oh tu dia kawan seperjuangan aku.hajatnya ialah nak mai tanya soalan past semester.
dalam sibuk otak aku mencerna dan cuba memikirkan jawapan untuk soalannya, tiba-tiba dia berkata,
"aku tak tahu kenapa aku susah sangat nak study, everytime test, exam, mesti aku blank, hang macam android, padahal soalan tu direct ja, aku tak ingat apa aku hafal"
disebabkan otak aku masih giat memikirkan soalan past sem, dan aku takmau sembang berat maka aku pun menjawab sambil menyelak nota dengan acuh tak acuh,
"waktu hang tiduq kot, ya lah orang bejaga hang tiduq, orang tiduq hang bejaga"
"tak lah, masa aku tido memang macam tu, dari sekolah sampai ke matrik aku amalkan macam tu, tapi dulu takde lah sampai nak blank macam sekarang"
aku berhenti berfikir daripada menjawab soalan past sem tersebut, mungkin dia perlukan penjelasan yang lebih detail daripada aku yang tak berilmiah ini.
"hmm, ada dua sebab tau bila kita stuck masa exam ni. satu sebab study last minute, kedua sebab study halai balai. hang nak berperang tapi preparation macam hidup segan mati takmau."
sengaja aku jawab macam tu. dia diam. aku meneruskan lagi,
"secara logik dan saintifiknya macam tu lah, tapi mengikut islam, kita sebenaqnya diuji. ada dua sebab jadi macam tu, pertama, Allah bagi ujian. kedua, kifarah dosa. Allah bagi ujian untuk orang yang kuat, yang mampu. Allah nak uji macam mana kita hadapi ujian. ya lah, exam kot, takkan kita takmau perform kan. yang kedua kifarah dosa, kadang-kadang kita tak sedaq yang kita ni buat dosa, so in return Allah balas masa kita nak jawab exam. tapi itulah yang menguatkan kita dan mendekatkan diri kita dengan Dia. dalam masa yang sama, kita akan well prepared untuk exam yang akan datang, dah tak study main-main, study awal waktu."
panjang lebaq aku explain, dia masih diam, terkelu.
lama.
"aku nak berjaya, aku nak excellence" katanya dalam nada yang hiba
"pi tanya, sapa takmau berjaya? tapi nak capai kejayaan tu bukan mudah, hubungan dengan Allah pun kena excellence"
"tapi kenapa orang yang buat maksiat, masih bejaya?"
aku merenung wajahnya dalam-dalam.
"itu istidraj, Allah bagi , bagi dan bagi nikmat untuk buat bagi depa jauh dari Allah. contoh macam Qarun. dia tu kaya melimpah ruah tapi angkuh dia tu toksah cerita. tapi at the end, Allah bagi balasan yang cukup gerun, Qarun tenggelam dengan harta yang dia bangga tu. nampak dak?"
"ok...aku hmm aku nak sangat perform dalam exam kali ni"
"teruskan usaha, sunat taubat solat kedua yang hang patut amalkan selepas solat wajib. slow-slow, takpa Allah tengok usaha."
dan lepastu terus dia beransur pulang.
seusai wajahnya hilang dari pandangan aku , aku terus bermonolog, ya aku tak baik, aku mampu bagi nasihat, naikkan semangat orang tapi diri aku sendiri tak terurus, istiqomah tu susah, tapi syurga Allah tu mahai, worth and deserve to someone who keep istiqomah.