Friday, October 18, 2013
lo-lo-love
now playing : healing by sami yusuf
assalamualaikum
terjumpa sekeping gambar dalam pendrive. gambar yang membawa seribu makna. tak perlu diungkit, digali memori lama. cukup sekadar sebagai tatapan. senyum.
tapi gambar ni lah yang buatnya aku semangat nak teruskan minat dalam dunia potograpgi nii. kononnya.

first try, love shape yang tak menjadi. sampai sekarang dah tak pernah cuba buat. hmm
"kau pernah jatuh cinta?"
"pernah." jawabnya sambil tersipu.
"sekarang kau sayang dia lagi tak?"
"sayang. sebab dia juga saudara seagama kita"
"apa kau buat bila kau sayang dia?"
"doakan kebahagiaan dia, doakan supaya disatukan dengan dia. namun andai kata dia bukan jodoh aku, aku percaya Allah akan temukan aku dengan yg lebih baik"
"kau tak menyesal sayang dia? tak rasa menyesal?"
"tak. sebab hati aku, Allah yang pegang, perasaan ini anugerah Allah. kalau sayang tak perlu couple. tak perlu drag dia dengan maksiat. cukup doa sebagai penghubung antara dua hati"
"kau pernah kecewa sebab cinta?"
"pernah, sampai satu tahap aku dah tak mampu untuk bangun, berdiri sendiri"
"apa kau buat?"
"aku letak harapan dekat Dia. dan aku tak pernah berharap pada manusia.cukup Dia yang menyembuh hati aku"
"kau tak sedih hilang orang yang kau sayang?"
"manusia datang dan pergi. pasti aku sedih. cuma Allah punya rancangan lagi hebat. teguhkan iman"
"kau pernah bawa diri?"
"yaa. pernah. kadang-kadang manusia perlukan masa. kadang-kadang orang tu sepikan diri daripada duniawi. dia ingin bersama sang Pencipta. antara dia dengan Allah. kadang-kadang manusia berubah demi kebaikan. senyap kerana banyak rahsia hati yang kita tak tahu."
tanpa nada. dia berlalu. dia pergi. dan dia yang dulu mungkin hilang.
jatuhnya dia hanya kerana seseorang yang belum tentu miliknya. dia lelah dengan permainan dunia.
dia senyap kerana dia sudah tidak betah untuk berkata-kata.
dia hanya mampu senyum. walaupun senyumannya tidak semanis dahulu. tawar.
tabahlah hati. hanya sang Pencipta yang mampu menyatukan kepingan-kepingan hatinya yang telah berkecai.
tetiba rasa entry ni jiwang. eh. hahaha.