Thursday, December 19, 2013
judgemental

memandangkan final examination dah semakin hampir, segala kupu-kupu vibrate tak berhenti-henti dalam perut. maka tak menyempat pun nak online.
oh tapi haritu ada scroll timeline fesbuk, dan terjumpa satu status yang buat hati ini tertarik-tarik nak baca banyak kali.
jujur cakap aku sangat setuju dengan status di atas. sangat.
bukan nak cakap aku bagus, tapi kekadang tu rasa macam tak perlu pun nak tunjuk sangat apa benda yang ada dekat diri ini walaupun benda tu hanyalah sebesar hama. analogi macam tak boleh belah sangat.
one day, bila awak masuk dalam satu komuniti, di mana komuniti tu terlalu menilai, memandang pada kelebihan awak, dan akan pandang rendah terhadap awak bila awak tak tunjukkan kelebihan awak, masa tu awak akan paham. bahkan komuniti tersebut lebih suka bercakap tentang kehebatan mereka, dan memandang rendah terhadap awak. okay sumpah ayat aku dah putar belit.
paham?
by the way, she never talk about DSLR doesn't mean she doesn't have it.
abang aku complain yang blog ni makin lama , makin bosan. hailoh.
Thursday, November 21, 2013
Fragile
listening to in pieces by linkin park.
such a hectic week I guess, with tremendous quizzes and tests. mau pecah cerebrum.
tengah scroll timeline twitter terjumpa satu ayat yang selalunya kita jumpa dekat kotak.
ada yang persoalkan, kawan-kawan dekat uni best?
dan selambanya aku menjawab
"okay ja"
since masuk uni,
aku tak pandai nak berdunia sangat.
tak pandai nak rapatkan diri dengan sesapa.
mungkin sebab pengalaman lalu mengajar aku semua ni.
maka berlakunya transformasi dalam diri ini.
people do change right?
I don't even care about my surroundings.
I don't care what people think about me.
I'm not being selfish, but caring too much is like hurting yourself.
never break my wall.
heartless, cold as a stone?
you name it.
I love myself.
I'm proud of who I am. how I ended being the person I am today
sarcastic.
senyum walaupun tawar.
saya okay, saya dah nak masuk doploh tahun, saya nak jadi ferum boleh?
this post is sooooo lame. bai.
by the way, dah tukar header yang besaq penaboh tu. dan mungkin yang terakhir.

Friday, October 18, 2013
lo-lo-love
now playing : healing by sami yusuf
assalamualaikum
terjumpa sekeping gambar dalam pendrive. gambar yang membawa seribu makna. tak perlu diungkit, digali memori lama. cukup sekadar sebagai tatapan. senyum.
tapi gambar ni lah yang buatnya aku semangat nak teruskan minat dalam dunia potograpgi nii. kononnya.

first try, love shape yang tak menjadi. sampai sekarang dah tak pernah cuba buat. hmm
"kau pernah jatuh cinta?"
"pernah." jawabnya sambil tersipu.
"sekarang kau sayang dia lagi tak?"
"sayang. sebab dia juga saudara seagama kita"
"apa kau buat bila kau sayang dia?"
"doakan kebahagiaan dia, doakan supaya disatukan dengan dia. namun andai kata dia bukan jodoh aku, aku percaya Allah akan temukan aku dengan yg lebih baik"
"kau tak menyesal sayang dia? tak rasa menyesal?"
"tak. sebab hati aku, Allah yang pegang, perasaan ini anugerah Allah. kalau sayang tak perlu couple. tak perlu drag dia dengan maksiat. cukup doa sebagai penghubung antara dua hati"
"kau pernah kecewa sebab cinta?"
"pernah, sampai satu tahap aku dah tak mampu untuk bangun, berdiri sendiri"
"apa kau buat?"
"aku letak harapan dekat Dia. dan aku tak pernah berharap pada manusia.cukup Dia yang menyembuh hati aku"
"kau tak sedih hilang orang yang kau sayang?"
"manusia datang dan pergi. pasti aku sedih. cuma Allah punya rancangan lagi hebat. teguhkan iman"
"kau pernah bawa diri?"
"yaa. pernah. kadang-kadang manusia perlukan masa. kadang-kadang orang tu sepikan diri daripada duniawi. dia ingin bersama sang Pencipta. antara dia dengan Allah. kadang-kadang manusia berubah demi kebaikan. senyap kerana banyak rahsia hati yang kita tak tahu."
tanpa nada. dia berlalu. dia pergi. dan dia yang dulu mungkin hilang.
jatuhnya dia hanya kerana seseorang yang belum tentu miliknya. dia lelah dengan permainan dunia.
dia senyap kerana dia sudah tidak betah untuk berkata-kata.
dia hanya mampu senyum. walaupun senyumannya tidak semanis dahulu. tawar.
tabahlah hati. hanya sang Pencipta yang mampu menyatukan kepingan-kepingan hatinya yang telah berkecai.
tetiba rasa entry ni jiwang. eh. hahaha.
Tuesday, October 15, 2013
Cat's story
tahukah anda kucing mampu menghilangkan stress.
tapi sebenarnya aku tadak bela kucing pun. setakat kucing datang singgah, tumpang bermanja, teduhan kasih tu ada ja. siap tinggalkan peninggalan serta bau yang mampu buat anda semua takkan lupa pun ada. normal lah kan.
aku suka kucing sebenarnya. kekadang tu saja acah-acah kucing-kucing.

ni kucing yang datang singgah rumah aku bulan puasa haritu. aku siap jamu anlene lagi. sombong sikit dia ni. ada dua tiga hari datang. lepastu sampai ke harini dia dah tak datang rumah aku. sempat kot tangkap gambar dia posing bajet hot gitu.

a grumpy, fat cat.
yang ni semua kawan akak aku punya belaan. saja singgah, dah alang-alang usung baby nik tu, shoot ah dua tiga keping.
lepas gian, dah lama tak guna baby nik. rindu nak tembak guna baby nik macam zaman sekolah dulu. rindu.
Sunday, October 13, 2013
Good Luck
Assalamualaikum. hye people! how's your life?
Goodluck!
"kept improving, stop complaining"
miss my baby nik.

life gets hard. but alhamdulillah I'm still alive. somehow I wish I could be someone else, have a better life. however I'm proud of being myself. life teaches you how to be strong. life teaches you how to cry, and then stand by your own. sometimes, no one comes and gives support. but believe Him. He plans everything perfectly., think positive. look at the bright side. start your new life. rely on Him, just Him, Allah SWT. smile people. try to reach to the top. you have to go through the worst in order to get the best in your life.
Goodluck!
"kept improving, stop complaining"
miss my baby nik.
Monday, September 16, 2013
The Reasons
terjumpa dekat facebook, dan teringin nak share dengan penduduk bumi. cepat baca, aku paksa.
ada sesetengah pendapat mengatakan couple tu tak haram, tapi sebenarnya haram. sebab couple tu yang akan menjerumuskan kita ke arah maksiat. sedangkan mendekati zina tu hukumnya haram.
sapa cakap nak elak daripada couple tu senang, kalau iman tak kuat, memang sah akan couple jugak. jalan nak menuju ke syurga tu memang perit. terlalu pahit untuk ditelan. tapi tabahlah hati. syurga Allah itu mahal. senyum.
sebabkan sayang kita terhadap seseorang tu tak semestinya kita kena couple kan, boleh ja doa dari jauh, semoga Allah jodohkan kau orang berdua. cewah. kalau dah jodoh, hang sembunyi di sebalik rock of gibraltar pun tetap akan jumpa. percaya pada ketetapan Dia.
sebabkan sayang kita dekat dia, jangan heret dia ke lembah zina. jangan. nanti dekat sana jika ditanya, nak jawab apa?
sayang tak perlu disebut, cukup dengan perbuatan. berhubung melalui doa. (gaya aku menulis ni dah macam pakar motibasi ja. heh.)
hai awak, ya awak yang tengah baca ni, sebab aku sayang hang lah aku taknak ajak hang lompat ke lubang zina. kalau dah jodoh tak kemana kan. senyum walaupun pahit.
kuatkan hati. jaga iman. okay assalamualaikum. ini ja perkongsian.
eh ada ka makhluk yang baca blog guwa nih? tertanya-tanya.
Friday, August 23, 2013
Awan

saya suka awan. awak?
awak, jadilah macam awan, selalu membawa perkhabaran. perkhabaran baik, mahupun perkhabaran kurang baik. tapi masih diterima dengan redha oleh manusia.
kalau takda awan, sinaran matahari akan dipancarkan secara terus, dalam erti kata lain, awan melindungi saya.
awak, awan tu kadang-kadang bila dia dah tak tahan, dia akan curahkan air hujan menyembah bumi, dengan kuasa Allah. sama juga macam kita, dikurniakan perasaan sedih, sebab Dia nak kita cari Dia. curahkan segalanya kepada-Nya.
dan awan sentiasa patuh pada perintah Allah. macam mana pula dengan kita? tengok cermin.senyum walaupun tawar.
Tuesday, August 6, 2013
Lama
hai assalamualaikum!
ni yang mana follow aku kalau tengok kat dashboard dengan gambar setepek sure kat fikiran tu terlintas
"eleh ni nak cerita pasal pc dia yang zaman dulu kala lah ni"
ting! salah sama sekali tekaan anda yang tak berasas tu.
ni komputer. ehem. aku namakan dia mad. mad dah banyak berjasa. kalau diberi seguni emas nescaya aku pilih mad (pengakuan tak berapa jujur).
masa zaman kegemilangan mespes dulu, mad banyak tolong aku, termasuk kerja kursus pmr. dia punya lambat, jangan cerita. nak tunggu munculnya google chrome dekat skrin ni pun ambil masa doploh minit. mad sebenarnya mengajar erti kesabaran. sebab tu kalau 2009 dulu aku macam lambat reply komen, wall to wall apa semua. mad hanya menampung below 502 mb. kalau tak silap aku lah.
sebenarnya yang lama itu banyak kenangan, baik kenangan pahit mahupun kenangan manis.
kenangan yang boleh memberi pengajaran, iktibar.
yang lama itu lebih berharga daripada yang baru, walaupun yang lama itu buruk tapi ada sentimental value, ada kelebihan yang kadang-kadang kita tak nampak atau buat-buat tak nampak.
yang lama itu tak mungkin tak dapat dimiliki semula, sebab dah jadi lama, dan sukar untuk dimiliki.
kadang-kadang tak semua benda lama itu sempurna, dan tak semuanya buruk. yang sempurna itu boleh berubah jadi baharu dengan menjadi buruk, dan yang buruk pada suatu ketika dahulu boleh jadi elok pada masa akan datang. (ayat putar belit sungguh)
sekarang mad masih ada, sihat.
letih, penat. tinggal sehari lagi sebelum ramadhan tinggalkan kita.

Tuesday, June 18, 2013
syam
saya tengah dengaq orang baca surah as-syams.
dan ini membawa memori saya ke matrikulasi. rindu nak dengaq sorang imam tu baca ayat suci Quran time semayang jemaah. his voice could make you cry in your solat. walaupun tak faham maksud ayat-ayat tersebut tapi boleh lah rasa keinsafan, nak sebak apa semua tu.
kalau nak suruh saya explain pasai surah ni, memang saya taktau. (cepat-cepat amek tafsir) syams maksudnya matahari. dan selebihnya boleh google. sebab saya tak expert bab tafsir-menafsir ni.
main point kat sini nak habaq kata rindu imam kat matriks. saya pun tak kenai sapa imam tu, tak pasti either student or not. dok rasa macam bukan student.
oh ya saya suka ayat kesembilan, ni tafsir dia.
dan ini ayat kesepuluh
tetiba teringat jiran bilik depan, nama syamira, orang dok panggey syam. budak tusyen sekali, tapi tak penah sembang pun, masuk matriks baru kamcheng. heh.

He has succeeded who purifies it,
dan ini ayat kesepuluh
And he has failed who instills it [with corruption]
tetiba teringat jiran bilik depan, nama syamira, orang dok panggey syam. budak tusyen sekali, tapi tak penah sembang pun, masuk matriks baru kamcheng. heh.
Tuesday, May 28, 2013
versus
hai assalamualaikum, its been a few\weeks aku tak update blog, sebarang entry sebab otak memang musim kemarau dengan idea.tapi harini terasa macam nak berdakwah sikit. ahaks. sounds poyo kan. kisah pulak aku.
tetiba tajuk entry versus. apahal. chelsea versus arsenal? takpun versus yang dalam tv tu. yang pasal indie apa-ke-benda-entah. dakdakdak
ni pasal novel. since guwa ni peminat novel melayu. so aku nak story sikit pasal novel yang aku beli setahun yang lalu. aku tak tau apa yang mendorong aku untuk update pasal novel ni. but sejujur-jujurnya novel ni sangat menarik, kalau disuruh beri bintang, aku nak bagi semua bintang yang ada kat alam semesta ni. aku tau novel ni dah berabad dah dikeluarkan, memandangkan aku dok asrama, jadi aku tak berapa nak kisah sangat pasal dunia luar nih. ibarat katak di bawah gelas kaca gituu.
tadaa, hacha! ni lah versus tu. actually memula aku singgah kedai buku, tengok ja kulit dia macam err cerita apa ni. macam tak syok ja pun sambil buat muka ni-mesti-cerita-bosan.tengok nama author pun tergeliat nak sebut. eh cut it off. apa masalah dok cerita first impression segala.
well people said, don't judge a book by its cover. tapi aku beli jugak. macam ada magnetic force. for those yang kat luaq sana, yang tak tau pasal novel ni, hampa semua boleh beli. walaupun tak sampai 500 ms tapi sangat berbaloi, harga pun haa tak sampai 20 hingget. nak compared dengan novel yang sekarang ni kualiti hancus lebur ja. kuantiti ja lebih. kuantiti muka surat, kuantiti konflik, kuantiti mendorong ke arah maksiat. but versus comes with difference ways. islamic ways :)
bagi aku la, untuk sesapa yang nak berubah ke arah kebaikan, you should buy this one. mungkin kalau nak beli buku motivasi apa semua tu macam heavy ja nak baca. boleh start dengan beli versus. then kalau hang nak beli semua jenis buku motivasi kat kedai pun takpa. ni cadangan aku lah.
apa sebab aku cakap macam tu? boleh ja gugel baca sinopsis dia sendiri.
folks,changing for good is not a crime. :)
Monday, May 6, 2013
275
seriously, aku dah kebuntuan nak letak title apa. ni kisah tahun lepas. harini baru dapat seru nak update. biasalah aku, suka post bab makan, nak kasi makhluk-makhluk yang baca ni terliur.
well, sejak masuk matriks, skill bermain bersentuhan dengan baby nik dah merudum dengan drastiknya. ahh sedih disitu. yo lah, aku tak usung pun nikon ke sana.
haritu matriks ada buat makan-makan dekat hotel. dan dapat sijil. disebabkan aku tadak satu habuk pun sijil, aku pun join hatta pada ketika itu duit aku sangatlah sengkek.

nama dia ni seafood carbora salad. aku musykil, sama ada dia ni ada tentacle macam obelia tu ka dak.dalam tu ada ikan salmon, udang apa entah lagi. sirip ikan yu ja yang takdak. harap maklum

ini char grilled beef with cajun sauce apa kemenda entah, bagi sesiapa yang rasa gigi tak sekuat harimau, mohon guna polident. liat 8 megawatt.

last but not least, aku suka yang ni. comey kan? ahaks. ini ala-ala dessert.
sangat ketandusan idea, tapi dah terjumpa gambaq sekalian alam yang dah berapa purnama dalam nikon tu. okay bye!