Wednesday, November 21, 2012

Langkawi, here we go!

Assalamualaikum, beberapa purnama ni dah lama tak update sebarang entry, sebenarnya, aku sedang bertapa di kolej matrikulasi. memang tak sempat langsung nak jeling blog atau sebarang social networks. (penipuan disini) maksudnya setakat tweet dua tiga kerat tu boleh la, tapi nak biarkan jari aku menari berjoget atas papan keyboard ni memang tak ah kan. *sedih*
beberapa bulan yang lepas, aku turun langkawi jumpa tok lang. sila gelak sebab aku sedang membajet yg aku kaki gangster. puih sikit. so ni lah gambargajah yang aku simpan buat pekasam dalam folder aku. 

ni kalau tak salah cerebrum kita, ni dataran helang, bapak segala helang sedang menanti kalian. 
 
ni ladang bunga, mohon cari sendiri. lokasi tak ingat.
ini kolam air hangat, serius best boleh rendam kaki secara percuma. so dah alang singgah tu pergi ja. tak luak sekupang pun. minyak kereta ja habis.
If I'm not mistaken, ni gunung mat cincang. sila pergi,kalau tak pergi, menyesal seumur hidup
no-name-beach. haha.seriously aku tak tau pun nama pantai ni. tapi dah singgah, so hambek ja scenery ni,ciptaan Allah yang indah :)

kepada mak senah, wak saman yg nak pergi langkawi, memang kena pi. aku promote, sebab banyak lagi tempat menarik, kabel car apa semua tu.oh the famous one, haji Ismail group. yang mana gila chocolate tu boleh borong situ, harga sedap , pinggan mangkuk pun ada, harga mantap.

jauh perjalan , luas pengalaman ye dik. haha. toodles ! :D
Share:  

0 commentario: