Friday, December 16, 2011

Phimanpitayasan, finally remember the name

Assalamualaikum! after a few weeks I left this blog sampai bersawang bawang, and now I'm back. To spend my leisure precious time with blogging, facebooking, youtube-ing and twittering. oh ya, I have stopped my 365 days project and I will continue it. InsyaAllah :) oh ya my english is not gooood but I kept trying and trying.

okay dah stop dok cakap bahasa penjajah.

ingat tak saya ada cerita pasai sekolah siam datang sekolah saya? cerita tu punya dah berabad dah rasanya.tak tau la, tiba-tiba rindu sekolah. masa sekolah ni lah aktif bawak nik. lepastu bila bulan julai cikgu dah hentikan penglibatan bebudak tingkatan lima. hmm hmm sedihnya, masuk universiti nanti belum tentu dapat jadi fotografer geges macam dekat sekolah  lagi. so I decided to post about this. sekolah depa nama phimanphitayasan, if I'm not mistaken lah.

malam tu, saya dengan kawan saya kena ikut depa pi melawat alor setar. enjoy lah jugak, tapi besok tu sekolah. homework tak siap, nasib kami agak baik, tetiba pagi tu cikgu sent mesej, suruh bertugas hari ahad. fuhh. here some photos.

The first place, menara alor setar. okay, cikgu ambil gambar ni untuk pameran hari koko sebab cikgu ingat adif yang tangkap.adif is more professional than me :D

kawan saya kata saya free hair, sebab tudung saya tepeleot akibat ditiup angin.

Then, me, aina and kak feroza went to i-city, alor setar.jangan lah ingat alor setar tu ulu.tak banyak gambar pun. saya suka gambar ni sebab taktau :)

ni menara jam. haha actually I don't really know about this. what a shame girl 

saya rindukan zaman persekolahan. hmm

Tuesday, September 13, 2011

Dari kaca lensa : hidup ibarat penyapu

hidup ibarat penyapu? saya sendiri pun tak tau apa benda yang saya nak habaq kat rakyat jelata.
kadang-kadang hidup kita aman damai harmoni dan semuanya lah yang bermaksud bahagia.kadang-kadang orang gunakan kita demi kepentingan, orang gunakan kita untuk sapu semua masalah depa. but trust me, when someone needs you, you should proud.tu maknanya anda sangat penting walaupun kadang-kadang kita selalu cakap "ala dia perlukan aku bila susah ja"

seeeee, macam penyapu lah kan? bila kita nak buang sampah, nak buang habuk, kita guna penyapu.

but someday....




bila penyapu ni dah buruk, uzur, kita letak dia jauh-jauh,biar dia mereput sendiri.bertemankan saprophytes,kita tidak gunakan dia lagi untuk membuang sampah,habuk. itulah kehidupan. jangan biarkan hidup orang lain menjadi seperti penyapu.

okay aku tak faham apa benda yang aku cuba sampaikan. beboi!

Tuesday, September 6, 2011

Dari kaca lensa : murtabak maggie

haritu mak enon balik kedah, lepastu dia suggest nak buat murtabak maggie. ntah apa kebendanya tak penah makan pun. okay saya ulu taktau makanan ala-ala western tak western ni. sebab nak perabeh stok lama, yo lah maggie tu  dah nak expired, lepastu buat ja lah kan murtabak maggie ni

tadaa! okay sedap lah jugak sebab buat masa bulan puasa. bila bukak puasa mesti nak tapau macam-macam. not bad! try lah wey. try lah.simple ja nak buat niii. tak susah pun tapi tapi jangan makan selalu ahh, silap-silap perut jadi solid kot. maggie ni tak elok pun makan selalu. 

kalau beli kat kedai, peniaga tu cekik darah sampai darah putih pun dia cekik. kalau buat sendiri dapat kepuasan. 

Thursday, September 1, 2011

Dari kaca lensa : Fungi

All fungi are saprophytic. 

tadi masa tengah menggegehkan diri dekat luar rumah sambil membawa abang nik, terjumpa kawan baik, nama dia fungi atau kulat. baru saya tahu depa ni bukanlah parasit cuma depa keluarkan digestive enzyme untuk digest organisma yang mati sebelum absorb nutrient dekat kayu yang depa tumpang hidup tu.




sodihnya, saya takdak micro lens, jadi gambar pun tak best . dok tunggu orang sedekah lens tu. isk.


depa ni hidup bergantung dekat kayu kayan yang dah nak reput. hebat kan ciptaan Allah? 
dan depa ni selalu tumbuh selepas hujan. ibarat cendawan tumbuh selepas hujan :D


saya tau pasai saprophytes pun sebab belajaq biology. nasib baik selak buku ada terbaca pasai ni.

Tuesday, July 12, 2011

Dari kaca lensa : redupan mata

tinggalkan diriku sendirian, aku ingin belajar menerima hakikat yang menyakitkan hatiku seperti dihunus pedang yang digunakan Saidina Umar Al-khattab. mataku tidak mampu menipu isi yang tersirat dalam sanubariku.


jika masa boleh diputarkan, nescaya aku akan kembali untuk memadam kisah silam yang kelam



Thursday, July 7, 2011

Dari kaca lensa : Hari Sukan

Damn! gambaq tak lawa. serius aku rasa nak teriak.aku down. aku terlupa habeh semua ajaran pidjee.dan ada  beberapa perkara yang buat aku rasa cuaca hari ni bertambah panas.aku maleh nak cerita panjang. 

ni adik-adik yang berkawad untuk rumah sukan. go baiduri go! 

sejujurnya depa ni kawad lagi lawa berbanding krs laki.

wushu.ni ja yang aku rasa style pun



kamarulzaman, atlit pada zaman ini :p

ni aset rumah ungu. dia  dok keja sumbang emas kat rumah ungu. salamat sa inyo farah :)

aceh muka steady ja. takpa  berbaloi sebab menang kan? :)

talik tali sampai tegolek maaa.


aku rasa gambar yang tahun lepas lagi menyerlah. aku rasa ja. sorry cikgu, saya buat kerja dengan teruk sekali  :'(

Tuesday, July 5, 2011

Dari kaca lensa : sasaran hidup

setiap orang sudah tentu mempunyai sasaran untuk mencapai misi dalam hidupnya,biarpun beribu-ribu halangan yang ditempuhi,namun sabar dan kekuatan demi mencapai misi sangat penting :)


rindu nak main dengan abang nik, semakin hari, semakin tak lawa gambar yang dihasilkan :')

Tuesday, June 21, 2011

cahaya hidup

hanya ilmu yang mampu menerangi masa depanku,
 hanya amalan ibadahku yang akan menerangiku ketika  meninggalkan dunia yang fana.


bukan mudah untuk mendapat dan mengecapi nur hidayah (cahaya petunjuk) dari Allah kerana kita perlu usaha untuk mendapatkannya 

Tuesday, April 26, 2011

Semua orang nak kaya macam Bill Gates

semua orang tak minta hidup untuk miskin dan semestinya semua nak hidup dalam kemewahan kan? aku tak nafikan senario ni.sebabnya aku pun ada keinginan nak hidup mewah macam bill gates. tapi aku tetap bersyukur sangatsangat dengan kehidupan yang aku ada sekarang ni.

money is everything. sapa yang cakap money tu adalah segala-galanya, aku rasa macam nak tampar muka dia laju-laju.kalau duit itu adalah segala-galanya, duit tu boleh beli kebahagian ka?persahabatan? macam mana pulak percintaan? keluarga?

zaman millenium ni memang ah kena guna banyak duit untuk beli barang-barang.aku tak nafikan, nak masuk toilet pun kena bayaq, duopulohsen.tu tara nak lepaskan hajat. nothing is free. tapi yang aku pelik sangat-sangat lah kan, perlu kah kita meletakkan duit itu di tempat pertama?

kita selalu sebut perkataan "kalau" dan itu seolah-olah menyalahkan takdir. wahwah aku cakap macam aku ni warak kan?kemain lagi. okay itu kenyataan. ustazah aku yang cakap takkan ustazah nak tipu pulak kan?

nak tahu kenapa Allah bagi kehidupan kita miskin? sebab Dia nak kita berusaha majukan hidup kita. kayakan hidup kita dengan ilmu, dengan akhlak terpuji dan semestinya kaya dengan amalan. tapi yang orang miskin ni, (tak semua lah) selalu jugak mengeluh lepastu tertanya-tanya "sebab apa aku miskin, tak kaya macam orang lain?"

kalau kita kaya, kita sibuk nak kejaq duit,nak kejaq tender apa semua tu, sampai semyang yang lima waktu tu boleh tercicir sebab sibuk kejaq duit. macam mana nak dapat barakah hidup? *cakap macam ustazah sat :)

dan Allah berikan kita kemewahan hidup, nak tengok sama ada kita bersyukur atau tidak? makin tamak atau makin tunduk pada kekeuasaan Allah?

kalau dalam drama kan, yang kaya ni mesti anak-anak terabai.amek ganja apa semua tu. bila kita kaya, kita lupa Allah, letakkan duit sebagai tempat pertama. tapi aku tak kata kat semua lah, cuma ni realiti kehidupan

dan yang paling sedih kan, yang miskin ditindas, yang kaya diagung-agungkan

kenapa mesti pandang duit berbanding pandang amalan?

ingatlah, duit itu milik Allah, bila-bila ja Dia boleh hambek balik segala yang kita ada. anak-anak,keluarga,duit, kereta, harta semua tu Allah yang bagi ,dan kita hidup di dunia ni hanya sementara.

jadi, yang kat luar sana, yang asyik riak dengan harta , duit itu, tak payah la.semua tu tak kekal.
silap haribulan, yang si miskin ni jadi kaya, dan yang kaya jadi papa kedana :)


peribahasa sikit-sikit ,lama-lama jadi bukit sangatlah boleh diguna pakai dalam hidup kita (bangga boleh letak peribahasa dalam blog,rasa macam buat karangan)

dan itu gambar lama aku. url haywordless tu pun tak dibuang. woh malu. bubaai ! :)

Thursday, April 21, 2011

spongebob boleh hilangkan stress tahu?

lama tau dak tak update belog, minggu lepas ujian dua dan dua minggu lagi mid year examination. syabas lah kan sebab gap antara ujian dua dan mid term sangatlah pendek.
of course aku stress dan tension. yaa aku tahu, semua orang tension kan kan?

dan salah satu cara aku nak hilangkan stress..

sapa tak kenai spongebob? aku rasa seantero dunia kenai sepanyebok ni. yaa span yang agak penyibuk tapiiii sangat lah mesra alam. dia buat apa pun semua dia gelak, senyum.kiranya part dia sedih nak merembes air mata bergelen-gelen tu dalam lima enam minit ja. memang ahh makhluk ni takda otak, takda akal tapi aku sangatlah kagum dengan orang yang boleh create kartunis sepanyebok dan sengakatannya.

sampai boleh jadi ikutan kanak-kanak. aku mengaku aku salah sorang makhluk yang tengok spongebok nih. ni salah satu aku nak hilangkan tekanan yang tembun menimbun dalam hidup aku. kadang-kadang spongebob dengan si patrick buncit tu buat benda yang memang tak masuk akal, (depa takdak akal sebab tu tak masuk akal) sampai aku boleh gelak guling-guling, air mata meleleh ja sebab gelak macam kuntilanak.

depa mungkin lah bijak sikit, tu pun dalam fantasi mungkin depa ada otak, tapi cerebellum,thylamus, cereberum semua tu terpisah antara satu sama lain ahh. dah nama pun fantasi kan?

yang mana rasa stress tu aku syorkan, anda-anda semua tengok cerita kartun, walaupun aksi depa agak tak masuk dek akal tapi yang tulah boleh menghilangkan stress kita walaupun hilang tigapulohminit. hilang jugak kan?

dan trademark cita ni

aiyaii kid!

aiyaiii kapten !!

sememangnya menjadi ikutan budak-budak yang mumayyiz :p

dan aku sangat kagum, walaupun si squidward tu menyampah tahap sampah dengan patrick, spongebob tapi depa tetap boleh bersatu. agak-agak masyarakat kita macam cerita spongebob tak? :)

aku suka yang niii. memag ahh tak beradab tapi tahukah anda kartun boleh menceriakan hidup anda? ni bukan kartun aksi macam otromen, kamenrider tu, aku rasa kartun macam spongebob ni lagi bagus nak banding katun otromen yang menggedik dengan raksasa tu kan? kartun yang aksi boleh membahayakan anak-anak anda tahu? haha

okay lah . bubye! :D

Monday, April 11, 2011

merentas dunia yang indah

hye! dah berhari aku tinggalkan belog ini. tahniah sebab berjaya menduduki ujian dua yang senang tapi susah. dan antara hari nak exam tu ada pulok aktiviti yang mewajibkan semua warga smj terlibat. aku tak tau sapa punya idea yang sangat bernas ni, buat aktiviti sukan time exam. dan biasalah, dengaq juga students merungut termasuk aku. eh normal la hidup sebagai pelajar, sehari tak merungut, bebai tu bukan pelajar lah wey.

"eh _______. apa kes sukan time exam macam ni (isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai)

"ish, orang masa terluang ni nak baca buku, bukan nak sukan"

"eh dia payah la!"

dan aku tak lari pun sebab diberi amanah untuk tangkap gambar makhluk-makhluk Allah yang sedang berlari tu. serius aku terkilan sikit-sikit sebab tak dapat lari T____T kalau tak bole sumbang mata kan?


dimulakan dengan bismillah aerobik pagi,dendangan lagu justin bibiaq, rihanoi, semua ada untuk santapan halwa telinga, bergetaq habeh usus aku dengan lagu remix.

pecutan oleh pelari malaysia, eh silap pelari smj, yang baju kuning tu atlit dan aset penting sekolah menengah kebangsaan jitra. ahh kagumnya dapat jadi classmate dia haha
walaupun tak dapat jadi awek. okay nanti awek dia baca, awek dia tak mau cakap dengan aku. heh

hai. umaaaa! ni kawan lama, saja takmau letak gambaq pelajar melayu lelaki, nanti jadi isu pulok. baik letak gambaq uma ni.

this is my junioorrr, okay tak penah cakap,tapi ni pun aset berharga sekolah, kalau dia pindah sure cikgu-cikgu sukan menangis tak berlagu :P

ni atlit persatuan takmau lari (PTL) oh well , saja lah aku gatai nak letak , ni gambaq mahai sebab ada ayaq sirap tu. ayaq sirap telah dibelanja oleh kat, seorang lelaki pemes amous di smj tu. dia belanja depa ja lah, aku ni sapa kan? okay pasrah dan aku pun tersedut air tu, habuan nak bagi tekak basah.


aku pun bebai lah jugak, tengah seronok exam tetiba boleh ada merentasa alam, seantero dunia apa entah.gambaq semuanya buruk. dan memang aku nak menangis sedu sedan biaq jitra banjir lagi nak banding dengan gambar 2010, anda boleh buat perbandingan sendiri. okay lah , nanti aku update lain. haha taktau nak update apa dah ni. thanks sebab sudi membacaaa :)

Friday, April 1, 2011

three answers for His servants

tengok tajuk macam gempak ja kan. okay bersama profesor donis untuk berjazbah di blogspot.com

masa online facebook, aku ada terbaca komen seorang junior dan senior yang baru ja dapat result spm. komen tu berbunyi "what she said is right. Allah said to His servants "YES, YES BUT NOT NOW & I HAVE ANOTHER PLAN FOR YOU"

si junior tu menenangkan si senior yang dapat result tak beropa sedap untuk buat tom yam

aku bagi dua situasi yang mudah, belajar dan bercinta. semua orang pernah alami dan boleh paham

Belajar
aku bagi contoh seorang hamba Allah ni nama Ali bin Hamid.dia ni tekun belajar, pandai, selalu dapat straight A's plus, buat semua suruhan Allah dan tinggai segala larangan-Nya. dia ada kawan nama Abu bin Hasnan.dia ni besa ja.buat yang wajib,sunat-sunat tu dia tak pandang la, dekat sekolah jadi sasaran cikgu disiplin. depa jawab spm sama-sama dalam dewan yang sama. masa result keluaq, si Ali ni terdapat 5A 4B. pelajar yang cemerlang dapat result cokia ja. sedangkan si Abu yang buas tu dapat straight A's pelusss. si Ali ni mesti lah tertanya-tanya,"Awat aku dapat macam ni?aku usaha, tawakal siang malam, tapi result besa ja?"

dan jawapannya, ada tiga yes, yes but not now dan I have another plan for you.
kalau result si Ali ni straight A macam yg diharapkan, jawapan Allah untuk dia ialah yes.
tapi yes but not now, maknanya Allah dah tetapkan hidup dia yang dia akan berjaya tapi bukan dalam spm dia,bermakna dia perlu tempuhi kegagalan. dan yang terakhir Allah dah ada perancangan yang lagi baik untuk dia.maknanya Allah dah atur hidup dia dengan lengkap.Allah mungkin nak uji keimanan dia dan kemampuan dia.

Bercinta
siti ni bercinta,bersayang dengan samad. Allah kata Yes, itu bermakna jodoh dia dengan samad tu ada. yes but not now, maknanya depa ni mungkin lah break ka apa,berpisah lima enam taon last sekali baru kahwin, maknanya kena tempuhi ujian cinta apa suma tu.terakhir, Allah dah ada rancangan yang baik untuk siti. mungkin dia takdak jodoh dengan samad, tapi Allah kata dia ada jodoh dengan senon, yang dua kali ganda baik pada samad. :)


boleh nampak kan? ada yang tak paham lagi dak?

hidup ini macam roda, kalau kita sedang berada di atas,jangan kita lupa Allah, kalau kita berada di bawah, kita perlu doa dan usaha untuk naik ke atas. Allah dah bagi tiga jawapan untuk hambaNya iaitu kita. dan kita tak payah persoalkan kenapa hidup kita haru-biru? kenapa result kita tak gempak? kenapa hubungan dengan dia terputus? jawapannya dah ada. tak perlu persoalkan lagi :)

Monday, March 7, 2011

Jalinan persekolahan antarabangsa

second time aku berkomunikasi dengan orang asing,orang bukan warganegara Malaysia. teruja duapulohpatminit. dan sepanjang aku belajaq di sekolah menengah kebangsaan jitra ni lah first time sekolah kami mengadakan jalinan persahabatan antara sekolah luar peringkat antarabangsa.sebelum ni aku taktau, tak pasti ada ka dak.walaupun depa ni dari negara siam, tapi macam mana pun kita boleh usaha nak jalinkan persahabatan tu. ingat bisnesmen ja boleh mesyorat luaq negara?

ni cikgu-cikgu depa. dan untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada depa ni islam. lepastu depa ni paham kalau orang cakap melayu dan inggeris tapi depa hanya reti cakap thai.terpaksa la bawa translator dari smj.

pancagaram yang sambut kedatangan depa dari siam :)

cikgu smkj dengan depa. kalau tak silap aku depa ni sekolah phiman apa taktau.panjang gilo nama sekolah depa,kiranya nak dekat enam harkat jugak ah nak menyebut.tegeliat lidah.

depa ni mai atas perlawanan bola tampaq. siam kan terer main bola tampaq, ingat depa tau tomoi ja?tahun lepas pemain smkj dah pi siam untuk lawan bola tampaq. bitara apa taktau.kalau tak salah aku la. aku pun tak berapa nak pasti sangat. jadi jangan dok pecaya cakap aku.

mula-mula smj lawan dengan ipda. smj kalah tapi aku kagum lah, majoriti budak form 4 dengan form 3 yang lawan dengan kakak-kakak ipda tu. smj jersey oren

yang ni buleh agak dah kot sapa menang? sekolah phiman tu la menang. aku tak nafikan kehebatan depa dalam permainan bola tampaq.

hang boleh buat aksi macam ni? :P

okay tolong abaikan gambaq aku. aku rasa gemok,skema nerd semua ada dekat aku. tapi yang baju purple tu salah seorang pelajar dari phiman school.muka dia ada iras-iras junior aku.

agak-agak nanti mesti pelajar dari sekolah negara lain pulak yang datang kan? dan mungkin time tu aku dah ada dekat ipt. :(

nanti aku update lain pasai depa. serius gambaq banyak tak sangga. dan benda ni berlaku lama dah. saja lah aku baru nak update. papai ! :)

Tuesday, January 25, 2011

In my deep heart

I want to be like a butterfly. I can fly freely. I want to enjoy a sense of freedom. so that I will be able to take breathe away :)

Monday, January 24, 2011

The parasite

hidup ini tak akan sempurna tanpa parasit yang cuba untuk menjatuhkan kita. cubalah bertahan melawan pathogen ini. semua manusia diberikan kekuatan untuk melawan cabaran yang menimpa diri sendiri :)

A worm said "I am parasite. yes,people do hate me!"